Friday, October 28, 2016

Harapan.

Aku tak pernah letak harapan yang tinggi dekat seseorang. Hanya sekadar bergantung pada Tuhan. Dia yang menentukan segalanya. Kalau betul seseorang tuh untuk kita, satu hari nanti pasti bersatu balik. Walau dah tak bertegur selama mana pon. Percayalah pada Tuhan, kalau dia betul untuk kita, pasti untuk kita. Kalau bukan, belajar untuk melepaskan dia dengan redha. Mungkin ade yang lebih baik daripada dia. Jangan salah sangka dengan perancangan Tuhan. Sentiasa percaya apa yang berlaku, baik atau buruk, duka atau gembira pasti ade sebab dan alasanNya. Kita sahaja yang tidak tahu. So, always think positive tentang atur cara Tuhan. Sebab itu lah aku tak letak harapan yang tinggi dekat seseorang, sebab aku taktau dengan perancangan tuhan, belum tentu lagi seseorang yang aku sayang akan jadi milik aku. Belum tentu lagi seseorang tuh akan jadi milik kita selamanya. Aku tak letak harapan yang tinggi pada sesuatuu yang belum pasti akan jadi milik kita.

So, bagi aku. Kalau seseorang tuh kata dia ada suka dan sayang orang lain dan nak lepaskan aku, okay. Aku lepaskan. Walaupun perasaan aku perit gilaaaaaaaa. Aku cuba untuk terima. Aku bergantung pada Tuhan. Aku lepaskan dia kerana Tuhan. Kalau dah itu yang Dia tentukan untuk aku. Aku cuba untuk terima dengan redha. Ada sebabnya Tuhan tentukan tuh untuk aku. Aku lebih rela dengar hati dan perasaan dia bagaimana, masih sayangkan aku atau tidak. Kalau tidak, cakap je tidak. Aku tak marah. At least aku tidak terlalu mengharapkan sesuatu yang belum pasti milik aku. Aku takde hak nak paksa seseorang tuh sayang aku buat selamanya. Hati manusia Tuhan yang pegang. Itu kalau seseorang tuh nak lepaskan aku. Aku bersedia untuk terima apa jua keadaan. Lagi lagi bersedia untuk seseorang tuh nak tinggalkan aku walaupun perasaan aku terhadap dia tak pernah berubah. Bagi aku the best man will stay. Itu je.

No comments:

Post a Comment