Terlalu besar ke salah aku sampai susah nak maafkan. Takpe. Aku beri kau masa. Maaf aku tak pandai nak ambil hati orang, nak pujuk orang. Aku tak pandai. Hanya kata maaf je aku mampu katakan. Tapi kalau itu masih tidak melembutkan hati kau. Takpe. Aku tunggu kau tegur aku. Sebenarnya ada benda lain lagi yang ingin aku katakan tapi kalau dah keadaan sebegini. Aku tangguhkan dulu. Aku cuba bertahan.
Kau tau? Dalam diam, tanpa kau sedar kau dah sakitkan hati aku. Tapi aku tak marah. Aku cuba untuk kawal perasaan aku sebab bagi aku aku cuba katakan dalam diri yang perkara tuh hanya perkara yang kecil. Malas aku nak memperbesarkan. Cukup aku yang menahan rasa. Dah lama aku tahan. Dah lama aku pendam, cuma kau sahaja yang tidak tahu. Takpe la. Aku tunggu masa yang sesuai untuk jelaskan semuanya. Aku perlukan penjelasan. Aku taknak bergaduh. Buang masa, buang air mata.
Tolong kembali seperti dulu aku takut aku tidak dapat menahan rasa. Aku butuhkan penjelasan dari kau. Jangan la sebegini. Aku juga takut hilang rasa sayang terhadap kau, kembali seperti dulu, seperti jadi diri kau yang aku kenal.
Aku tunggu.
No comments:
Post a Comment