Friday, October 28, 2016

Harapan.

Aku tak pernah letak harapan yang tinggi dekat seseorang. Hanya sekadar bergantung pada Tuhan. Dia yang menentukan segalanya. Kalau betul seseorang tuh untuk kita, satu hari nanti pasti bersatu balik. Walau dah tak bertegur selama mana pon. Percayalah pada Tuhan, kalau dia betul untuk kita, pasti untuk kita. Kalau bukan, belajar untuk melepaskan dia dengan redha. Mungkin ade yang lebih baik daripada dia. Jangan salah sangka dengan perancangan Tuhan. Sentiasa percaya apa yang berlaku, baik atau buruk, duka atau gembira pasti ade sebab dan alasanNya. Kita sahaja yang tidak tahu. So, always think positive tentang atur cara Tuhan. Sebab itu lah aku tak letak harapan yang tinggi dekat seseorang, sebab aku taktau dengan perancangan tuhan, belum tentu lagi seseorang yang aku sayang akan jadi milik aku. Belum tentu lagi seseorang tuh akan jadi milik kita selamanya. Aku tak letak harapan yang tinggi pada sesuatuu yang belum pasti akan jadi milik kita.

So, bagi aku. Kalau seseorang tuh kata dia ada suka dan sayang orang lain dan nak lepaskan aku, okay. Aku lepaskan. Walaupun perasaan aku perit gilaaaaaaaa. Aku cuba untuk terima. Aku bergantung pada Tuhan. Aku lepaskan dia kerana Tuhan. Kalau dah itu yang Dia tentukan untuk aku. Aku cuba untuk terima dengan redha. Ada sebabnya Tuhan tentukan tuh untuk aku. Aku lebih rela dengar hati dan perasaan dia bagaimana, masih sayangkan aku atau tidak. Kalau tidak, cakap je tidak. Aku tak marah. At least aku tidak terlalu mengharapkan sesuatu yang belum pasti milik aku. Aku takde hak nak paksa seseorang tuh sayang aku buat selamanya. Hati manusia Tuhan yang pegang. Itu kalau seseorang tuh nak lepaskan aku. Aku bersedia untuk terima apa jua keadaan. Lagi lagi bersedia untuk seseorang tuh nak tinggalkan aku walaupun perasaan aku terhadap dia tak pernah berubah. Bagi aku the best man will stay. Itu je.

Aku berikan dia masa untuk fikirkan apa yang aku kata. Aku harap dia faham apa yang aku rasa. Memang, dekat media social aku update aku okay aku buat macam aku takdr masalah, tak sedih. Tapi, sebaliknya aku je yang rasa. Rindu, sedih, sayang, tak suka semua ada. Fahamila hati aku ni. Itu je yang aku mintak.

Thursday, October 27, 2016

Butuhkan penjelasan.

Terlalu besar ke salah aku sampai susah nak maafkan. Takpe. Aku beri kau masa. Maaf aku tak pandai nak ambil hati orang, nak pujuk orang. Aku tak pandai. Hanya kata maaf je aku mampu katakan. Tapi kalau itu masih tidak melembutkan hati kau. Takpe. Aku tunggu kau tegur aku. Sebenarnya ada benda lain lagi yang ingin aku katakan tapi kalau dah keadaan sebegini. Aku tangguhkan dulu. Aku cuba bertahan.

Kau tau? Dalam diam, tanpa kau sedar kau dah sakitkan hati aku. Tapi aku tak marah. Aku cuba untuk kawal perasaan aku sebab bagi aku aku cuba katakan dalam diri yang perkara tuh hanya perkara yang kecil. Malas aku nak memperbesarkan. Cukup aku yang menahan rasa. Dah lama aku tahan. Dah lama aku pendam, cuma kau sahaja yang tidak tahu. Takpe la. Aku tunggu masa yang sesuai untuk jelaskan semuanya. Aku perlukan penjelasan. Aku taknak bergaduh. Buang masa, buang air mata.

Tolong kembali seperti dulu aku takut aku tidak dapat menahan  rasa. Aku butuhkan penjelasan dari kau. Jangan la sebegini. Aku juga takut hilang rasa sayang terhadap kau, kembali seperti dulu, seperti jadi diri kau yang aku kenal.

Aku tunggu.

Tuesday, October 4, 2016

Cari la ketenangan selama mana kau mahu. Aku di sini masih menanti. Semoga hati kau masih lagi seperti dulu yang pernah menyanyangi aku seluruh jiwamu. Aku rindu belaian kasihmu. Kembali la padaku. Aku tunggu. Jujur, tiada niatku untuk menyinggung perasaan hatimu. Maaf andai aku gagal menjaha hati mu. Maafkan la aku. Kembali la seperti dulu, aku rindu.

Aku masih menanti dirimu yang dulu.

Monday, October 3, 2016

Gurauan kasar.

Jika benar aku ada buat kau terasa hati maafkan aku. Tiada niat aku untuk buat kau rasa sebegitu. Memang kau tidak mempamerkan perasaan yang sepatutnya kau rasa, tapi aku tau kau terasa hati dengan perbuatan aku tuh. Aku buat sebegitu hanya sebagai gurauan, tapi baru aku sedar gurauan itu gurauan yang kasar yang telah membuatkan kau terasa hati dengan aku. Maafkan aku. Aku benar benar minta maaf. Kembali la seperti dulu, aku rindu.

Walau seramai mana pun yang mendatang, insyaAllah hanya kau di hati aku dengan Izin-Nya.