Tuesday, November 1, 2016

Apa yang aku rasa.

Kau tau? Srs aku rasa serba salah. Disebabkan aku, dia dengan kau putus kawan. Maafkan aku. Takde niat aku nak buat macam tuh. Aku tak halang pon kau nak kawan dengan sesiapa. Aku bukan seorang yang pengkongkong yang sukahati aku je nak tentukan jalan cerita hidup kau. Aku bukan Tuhan. Tak. Aku bukan macam tuh. Jadi, aku tak kesah kalau kau nak kawan sesiapa. Tapi, jangan rapat sangat boleh? Aku tak suka. Hahahhaha maafkan aku. Tapi itu yang aku rasa. Aku takutkan sesuatu yang mungkin akan terjadi. Mungkin.

Kau tau apa? Bila kau terlalu rapat dengan seseorang, then selalu meluahkan rasa tak kisahlah tentang apa pon, then kau rasa dia memahami perasaan kau dan bukannya aku. Lepastu bila korang trrlalu rapat, mesti salah seorang akan ada sesuatu perasaan. Ala macam biasa ah, mula mula kawan, pastu kawan rapat pastu ha mula ah salah seorang ade perasaan suka atau sayang. Memang mula mula korang kata kawan tapi bila lama lama nanti percaya lah mesti ada perasaan gitu. Hm. Itulah yang aku takutkan bila kau rapat atau terlalu rapat dengan seseorang walaupun dalam huhungan hanya sekadar kawan. Sebab nanti aku takut kau tinggalkan aku sebab ada yang lebih memahami kau daripada aku. Maafkan aku. Aku takut ada yang lebih baik, lebih memahami kau daripada aku.

Tapi takpe. Aku taknak halang. Aku cuma katakan apa yang aku rasa. Terserah kau bagaimana. Seeloknya, bagi aku, cari lah kawan lelaki untuk kau meluahkan rasa dan bukannya kawan yang berlainan jantina dengan kau. Iye la maksud aku perempuan --' hehe. Maafkan aku kalau aku tak jaga hati dan perasaan kau. Maafkan aku yang tak pernah nak meluahkan apa apa dekat kau. Maafkan aku yang selalu memendam rasa. Maafkan aku. Kalau aku tak meluahkan apa apa tak bermakna kau tak penting dalam hidup aku. Jangan salah faham. Maafkan aku ye? Aku cuba untuk perbaiki apa yang kurang.

Lagi satu, ye memang kau kata macam 'ala aku dgn dia takde apa apa hubungan selain daripada hanya sekadar kawan' tapi, aku tak boleh jamin perasaan kau hanya untuk aku selamanya. Hati manusia Tuhan yang tentukan, aku takut perasaan kau dekat aku berubah sebab jumpa yang lebih baik. Bukan, bukan aku tak percaya pada kata kata kau. Aku cuma takut saja perasaan kau berubah. Tapi weh, tolong weh jaga hati kau baik baik untuk aku. Jangan pernah berubah, kalau perasaan kau berubah, tolong lawan perasaan kau, ingat aku. Ingat balik siapa aku pada kau. Boleh? Aku takde hak nak memaksa kau sayang aku selamanya, tapi tolong bertahan semampu kau. Itu yang aku harapkan. Kesetiaan kau dan kesabaran kau pada aku.

Aku, aku masih sayangkan kau. Selagi aku tak katakan yang perasaan aku berubah. Selagi tu aku sayangkan kau. Memang, aku tak selalu kata aku sayang kau, tak selalu tunjukkan bagaimana aku sayang kau tapi sebaliknya weh. Tuhan yang tahu macam mana apa yang aku rasa. Aku selalu doakan kau. Bagi aku, biar jarak yang memisahkan kita tapi biar juga doa yang menjadi ikatan. Biar kita tak berjumpa tapi biar doa yang menjadi pertalian hubungan kita. Aku taktau sampai tahap mana hubungan kita akan bertahan. Tapi, aku harapkan hubungan kita untuk selamanya. Aku tak letak harapan yang tinggi. Kalau itu yang sudah Tuhan aturkan. Aku ikut.

Okay dah. Bye. Jaga diri. Jaga hati. Assalammualaikum.

Friday, October 28, 2016

Harapan.

Aku tak pernah letak harapan yang tinggi dekat seseorang. Hanya sekadar bergantung pada Tuhan. Dia yang menentukan segalanya. Kalau betul seseorang tuh untuk kita, satu hari nanti pasti bersatu balik. Walau dah tak bertegur selama mana pon. Percayalah pada Tuhan, kalau dia betul untuk kita, pasti untuk kita. Kalau bukan, belajar untuk melepaskan dia dengan redha. Mungkin ade yang lebih baik daripada dia. Jangan salah sangka dengan perancangan Tuhan. Sentiasa percaya apa yang berlaku, baik atau buruk, duka atau gembira pasti ade sebab dan alasanNya. Kita sahaja yang tidak tahu. So, always think positive tentang atur cara Tuhan. Sebab itu lah aku tak letak harapan yang tinggi dekat seseorang, sebab aku taktau dengan perancangan tuhan, belum tentu lagi seseorang yang aku sayang akan jadi milik aku. Belum tentu lagi seseorang tuh akan jadi milik kita selamanya. Aku tak letak harapan yang tinggi pada sesuatuu yang belum pasti akan jadi milik kita.

So, bagi aku. Kalau seseorang tuh kata dia ada suka dan sayang orang lain dan nak lepaskan aku, okay. Aku lepaskan. Walaupun perasaan aku perit gilaaaaaaaa. Aku cuba untuk terima. Aku bergantung pada Tuhan. Aku lepaskan dia kerana Tuhan. Kalau dah itu yang Dia tentukan untuk aku. Aku cuba untuk terima dengan redha. Ada sebabnya Tuhan tentukan tuh untuk aku. Aku lebih rela dengar hati dan perasaan dia bagaimana, masih sayangkan aku atau tidak. Kalau tidak, cakap je tidak. Aku tak marah. At least aku tidak terlalu mengharapkan sesuatu yang belum pasti milik aku. Aku takde hak nak paksa seseorang tuh sayang aku buat selamanya. Hati manusia Tuhan yang pegang. Itu kalau seseorang tuh nak lepaskan aku. Aku bersedia untuk terima apa jua keadaan. Lagi lagi bersedia untuk seseorang tuh nak tinggalkan aku walaupun perasaan aku terhadap dia tak pernah berubah. Bagi aku the best man will stay. Itu je.

Aku berikan dia masa untuk fikirkan apa yang aku kata. Aku harap dia faham apa yang aku rasa. Memang, dekat media social aku update aku okay aku buat macam aku takdr masalah, tak sedih. Tapi, sebaliknya aku je yang rasa. Rindu, sedih, sayang, tak suka semua ada. Fahamila hati aku ni. Itu je yang aku mintak.

Thursday, October 27, 2016

Butuhkan penjelasan.

Terlalu besar ke salah aku sampai susah nak maafkan. Takpe. Aku beri kau masa. Maaf aku tak pandai nak ambil hati orang, nak pujuk orang. Aku tak pandai. Hanya kata maaf je aku mampu katakan. Tapi kalau itu masih tidak melembutkan hati kau. Takpe. Aku tunggu kau tegur aku. Sebenarnya ada benda lain lagi yang ingin aku katakan tapi kalau dah keadaan sebegini. Aku tangguhkan dulu. Aku cuba bertahan.

Kau tau? Dalam diam, tanpa kau sedar kau dah sakitkan hati aku. Tapi aku tak marah. Aku cuba untuk kawal perasaan aku sebab bagi aku aku cuba katakan dalam diri yang perkara tuh hanya perkara yang kecil. Malas aku nak memperbesarkan. Cukup aku yang menahan rasa. Dah lama aku tahan. Dah lama aku pendam, cuma kau sahaja yang tidak tahu. Takpe la. Aku tunggu masa yang sesuai untuk jelaskan semuanya. Aku perlukan penjelasan. Aku taknak bergaduh. Buang masa, buang air mata.

Tolong kembali seperti dulu aku takut aku tidak dapat menahan  rasa. Aku butuhkan penjelasan dari kau. Jangan la sebegini. Aku juga takut hilang rasa sayang terhadap kau, kembali seperti dulu, seperti jadi diri kau yang aku kenal.

Aku tunggu.

Tuesday, October 4, 2016

Cari la ketenangan selama mana kau mahu. Aku di sini masih menanti. Semoga hati kau masih lagi seperti dulu yang pernah menyanyangi aku seluruh jiwamu. Aku rindu belaian kasihmu. Kembali la padaku. Aku tunggu. Jujur, tiada niatku untuk menyinggung perasaan hatimu. Maaf andai aku gagal menjaha hati mu. Maafkan la aku. Kembali la seperti dulu, aku rindu.

Aku masih menanti dirimu yang dulu.

Monday, October 3, 2016

Gurauan kasar.

Jika benar aku ada buat kau terasa hati maafkan aku. Tiada niat aku untuk buat kau rasa sebegitu. Memang kau tidak mempamerkan perasaan yang sepatutnya kau rasa, tapi aku tau kau terasa hati dengan perbuatan aku tuh. Aku buat sebegitu hanya sebagai gurauan, tapi baru aku sedar gurauan itu gurauan yang kasar yang telah membuatkan kau terasa hati dengan aku. Maafkan aku. Aku benar benar minta maaf. Kembali la seperti dulu, aku rindu.

Walau seramai mana pun yang mendatang, insyaAllah hanya kau di hati aku dengan Izin-Nya.

Sunday, August 28, 2016

Selamat Ulang Tahun Kelahiran.

Hi. Assalammualaikum.

Okay. Sementara nak lelap ni en aku nak wish selamat ulang tahun kelahiran. Senang cerita happy birthday dekat dia. Ala yang aku ada cerita dia yang dia excident ritu .Hahaha. Actly dia taktau pon aku wish panjang panjang kat sini. Kk. Sambung.

Happy birthday. Aku doakan kau  berjaya dalam kehidupan didunia dan diakhirat. Always sentiasa sihat,  kau kan selalu sangat sakit. Aku ada baca satu arrikel ni, dia kata orang lahir bulan august ni senang dapat penyakit. Hehe. Kalau ada masalah atau cerita yang nak diceritakan, carilah aku. Aku ada untuk kau. Jangann pernah rasa sunyi. Tuhan sentiasa ada menemani.  Kau kena sentiasa tau dan selalu ingat yang aku sayang kau. Kdah. Tak panjang mana pon aku wish. Cuma, aku sentiasa doakan untuk kau selalu. Aku percaya pada perancangan Tuhan, jika ada rezeki buat kita, dapat la kita jumpa walaupun sekejap cuma. So, aku harap kau sentiasa sabar dgn perangai aku dan sabar menunggu masa untuk kita bertemu. Hanya kesabaran dan kesetiaan kau yang aku harapkan. Maafkan aku sebab dah sayang dan cintakan kau. bye. Jaga diri. Last, jadi diri sendiri sudah cukup buat aku untuk terus menyayangi kau, aku terima baik buruk kau, cacat cela kau. Aku terima. Insyaallah.

Friday, August 26, 2016

Hidupkan kekuatan

Assalammualaikum. Hi.
Aku tau takde siapa yang nak baca, tapi aku hanya sekadar meluah.

Cukup la kau perlu ada kesabaran dengan ketabahan kau. Cukup kau perlu bertahan dengan apa pun yang berlaku dekat kau. Kau perlu sabar dan seboleh bolehnya jangan balas apa apa. Aku taknak kau ada sifat pendendam. Kau tau kan dendam? Dendam la satu sifat yang boleh merosakkan diri kau, hidup kau. Cukup hanya kau perlu bersabar.

Kau kena tau, orang buat sesuatu mesti bersebab. Takda yang tak ada sebab. Mungkin kau rasa tak adil, tapi itulah hakikatnya. Tapi mungkin juga tu bukan hakikatnya sebab mungkin ada sebab yang kau tak perasan? Pls. Think positif walau ia serumit mana pon. Pasti ada ganjarannya. Jangan pernah putus asa. Aku ada untuk kau meluahkan rasa. Tuhan dan keluarga kau juga ada. Jangan pernah rasa sunyi. Jika betul memang tiada siapa siapa untuk kau meluahkan rasa, jangan risau. Tuhan sentiasa ada. Dia yang menentukan segalanya.

Aku mohon sekali lagi, jangan kau memendam rasa. Maaf, aku tak mampu dan tak reti nak berikan kata semangat dan kekuatan tapi aku hanya mampu meminta pertolongan Tuhan Yang Maha Esa untuk memberikan kau kekuatan untuk terus menjalani liku liku kehidupan.