Wednesday, December 24, 2014

Malam ..


Malam dan siang
Silih berganti
Aku disini
Sepi sendiri
Bersabarlah kamu
Ketika di uji
Selepas gelap malam
Timbul sinar mentari
Bersama kesulitan ada kemudahan di sisi.



Monday, December 22, 2014

Cinta ...


Cinta...
Ia datang, tanpa dipaksa
Ia pergi, tiada yang rela
Adakala kita terluka
Ada masa kita kecewa
Cinta adalah cinta
Bila ada, indahnya rasa
Bila pergi, hati merana
Kepada si pendamba cinta
Hati-hati mengukir rasa
Jangan sampai terbinasa
Pada mimpi yang sementara
Kerana cinta yang hakiki, hanya milik Dia.

Kurasa sesuatu


Kurasa sesuatu..
Apa yang kau tidak tahu
Pertama kali kumelihatmu
Aku terasa sesuatu
Cuma perilakuku, tidak seiring gerak rasaku
Mungkin aku keliru
Dirimu punya sesuatu
Yang membuat hati batuku
Meronta mahu bersatu
Dengan hatimu
Oh, aku mahu kamu
Tetapi bagaimana, aku tidak tahu...